Tuesday, March 8, 2011

REVOULUSI KFA


          Tanggal 4 mac 2011, 10.30malam tercetusnya kemarahan Penyokong Hijau Kuning yang menuntut perubahan dalam pengurusan Pasukan Kedah setelah prestrasi Kedah merudum dengan mencatat kekalahan demi kekalahan dalam liga Super dan Piala FA. Pada malam itu,hampir 1000 penyokong Kedah menjadi berang selepas Kedah mencatat kekalahan dan tersingkir dalam saingan Piala F.A apabila tewas kepada Felda United di halaman sendiri. Para penyokong telah mengadakan demontrasi selama 30 minit di luar perkarangan Stadium Darulaman dengan membawa kain rentang bertulis "jurulatih dan Pengurus kedah sila berundur". Ia adalah ditujukan kepada ketua Jurulatih Ahmad Yusof dan Pengurus, Dato Khazali Din.
        
         Ahmad Yusof dilihat telah gagal membimbing Pasukan Kedah selama 2 penggal berkhidmat bersama pasukan Kedah. Dan kegagalan itu semakin terserlah setelah bermulanya tirai Liga Super 2011. Manakala pengurus Kedah pula dilaporkan gagal mnguruskan anak-anak buahnnya dengan baik dengan salah satu cara mengganggu emosi pemain ketika di dalam bilik persalinan menurut satu sumber.

         Jika permasalahan ini tidak selesai,maka tindakan susulan akan diambil oleh pihak penyokong untuk terus mendesak pengurusan pasukan Kedah supaya lebih agresif membuat keputusan iaitu dengan cara protes dan berdemontrasi yang akan diaturkan oleh kumpulan tertentu.

UJIAN BERTULIS BAGI KERJA KERAJAAN

     Pada 8/3/11 yang lepas aku telah menghadiri satu ujian bertulis untuk jawatan Pembantu Tadbir (N17) di Lembaga Kemajuan Wilayah Pulau Pinang. Bagi aku, merupakan kali pertama mendapat pengalaman untuk menjawab soalan bagi mendapatkan jawatan tersebut. Bagi aku kalau tak dapat temuduga selepas ini tak mengapa, asalkan aku memperolehi pengalaman yang bermakna dalam hidup ku. kalau dapat, Alhamdulillah.
    
     Ok,Ujian bertulis ni simple je soalan nya. Tapi Bagi yang lupa tentang apa yg dipelajari di sekolah dan IPT mungkin agak sukar lah.Ia terbahagi kepada 2 bahagian, bahagian Objektif dan subjektif. Dalam soalan objektif, aku mendapati terdapat 38 soalan kesemuanya dan jawapan diberi dalam bentuk A,B,C dan D. Calon dikehendaki menjawab satu jawapan bagi setiap soalan dengan menghitamkan di ruangan jawapan yang disediakan.

      Baiklah,soalan-soalan yang ditanya adalah seperti aspek sejarah negara, pengajian/pengetahuan am, matematik peringkat sekolah menengah, kenegerian dan mengenai pertubuhan itu sendiri. Kenegerian tu bergantung kepada lokasi atau tempat kita menghadiri ujian ini.sebagai contoh aku hadir di Lembaga Kemajuan Wilayah Pulau Pinang, bermakna soalan yang ditanya adalah berkaitan Pulau Pinang atau mengenai Lembaga Kemajuan wilayah Pulau Pinang itu sendiri. Satu contoh soalan yang di tanya kepada aku : Warna apakah yang terdapat pada bendera Pulau Pinang?   Hehe xkan taktau kot.

       Bagi soalan subjektif pula akan ditanya satu soalan yang boleh memeningkan anda. Memang aku akui tak dapat menjawab soalan itu. aku nak bagi contoh tak boleh sebab soalan tu panjang dan kita akan cuba menyelesaikan masalah itu mengikut pendapat kita sendiri. Kat situ aku dah rugi satu soalan..huhu... Dan lagi satu soalan akan bertanya soalan secara spontan mengenai diri kita sendiri. Contohnya " Anda suka warna apa?" dan kita diminta memeberi tiga Perkataan yang menggambarkan warna yang kita Pilih itu.

        Masa yang diperuntukkan adalah satu jam. Modai aku p situ RM50.. sebab aku p naik bas..hehe.. kalau xdapat rugi saja la..hehe tp pengalaman tu adalah berbaloi. anda setuju?

Wednesday, December 22, 2010

Cara mengetahui password facebook rakan anda

http://api.ning.com/files/HI3T0*00MswfsGOCMaTqCtBKWGGp7vSKjP61KtoHfI6*4rmcSfwFCOgQXaUa76vu6ZMRIkf*JkQY5tAgRsVpzBOHe4tZ4*kv/logo_facebook.jpg
Ada beberapa cara yang boleh anda lakukan untuk mengetahui password teman anda:


1. Tanya sendiri kepada teman anda apa password facebooknya, jika dia memberitahu bererti anda beruntung dan teman anda itu ‘bangang!’

2. Di saat teman anda ingin login di facebook, cepat intip password yang dia tulis tanpa pengetahuannya , jika kantoi – risiko anda.

3. Pergilah ke tempat yang boleh mengajar anda untuk membaca fikiran orang lain agar anda dapat membaca fikiran orang itu di saat dia menulis password untuk login facebook.

4. Ancam dengan menggunakan senjata ke teman anda / orang lain agar dia memberitahu passwordnya, jika dia report polis, itu tanggung jawab anda.

5. Pergilah ke dapur anda untuk mengambiL pisau atau meminum baygon agar anda cepat mati, kata orang-orang kalau orang sudah mati, roh dia mengetahui semuanya, jadi anda boleh mengintai passwordnya dengan mudah. Lagi sekali risiko anda tanggung sendiri- jangan cari aku nak cekik dah la.

6. Kalau semua cara di atas tidak berhasil, maka anda kurang beruntung dan loginlah di facebook anda sendiri kan senang, apakejadahnya nak login akaun facebook orang kan?

Selamat Mencuba!!

Sunday, December 19, 2010

Ibu bapa termuda..

macam2...



APRIL Webster dan Nathan Fishbourne bersama anak lelaki mereka, Jamie.


CAERPHILLY - Usia mereka baru 14 tahun, tetapi dua pelajar sekolah di Britain, April Webster dan teman lelakinya, Nathan Fishbourne telah mempunyai seorang bayi lelaki, lapor sebuah akhbar semalam.
Pasangan remaja itu yang berasal dari sini, selatan Wales, kini bergelar ibu bapa termuda di Britain.
April melahirkan anak lelakinya, Jamie, setelah dia hamil akibat hubungan seks tanpa kondom dengan teman lelakinya semasa mereka berusia 13 tahun.
"Saya tidak menyangka akan bergelar ibu pada usia sebegini muda, tetapi saya akan berusaha menjadi ibu yang baik buat Jamie," kata April.
Nathan yang turut berjanji akan menjadi seorang bapa yang baik berkata, dia pernah menggunakan kondom sewaktu mereka mengadakan hubungan seks tetapi tidak menyukainya.
Pasangan muda itu mula keluar bersama pada September tahun lalu tetapi kedua-duanya malu untuk memberitahu ibu bapa masing-masing bahawa mereka terlanjur atau meminta nasihat mengenainya.
Sementara itu, Jamie yang dilahirkan menerusi pembedahan Caesarean pada 15 November lalu dengan berat 3.7 kilogram kini tinggal bersama ibu bapa April di sini sementara dia dan teman lelakinya meneruskan persekolahan masing-masing.
"Ya, kami amat terkejut pada mulanya, tetapi kami menerima keputusan April untuk memelihara bayi itu. Kini saya turut gembira kerana bergelar nenek," kata ibunya, Maria, 36.
"Tidak, saya tidak marah terhadap teman lelakinya kerana pepatah ada menyatakan, bertepuk sebelah tangan tidak berbunyi," kata bapa April, Jeff, 38. - Agensi

Saturday, December 18, 2010

lirik hanyut- Faizal Tahir..

Aku dengar lagu ni memang menyentuh perasaan dan akan teringat kt seseorang..sape dia?hanya aku dan tuhan saja  yang tahu........

Harus bagaimana lagi
Dan terus begini
Dengarkan aku
Lihat ke mataku

Cukup sudah kau menghukum
Salahku tetap salahku
Benarkan ku berbicara
Agar bisa pulih semua


Namun harus sampai bila
Kau kan diam seribu bahasa

Chorus
Maafkanlah ku tak bisa hidup tanpa kamu
Fahamilah ku tak mampu terus tanpa kamu
Bagaimana ku nanti
Bila tiada mengganti
Yang ku ada hanya kamu saja

Saat mata terpejam
Hanya kau ku terbayang
Menghapus semua segala rasa di jiwaku

Saat mata terbuka
Kamulah yang pertama
Tak mampu aku
Bayangkan
Hidup tanpa dirimu

Ulang Chorus
Aku memang bersalah
Selalu saja mengabaikan mu
Dan tapi dah ku sedari
Segala perit kau lalui
Ku terlupa kau terluka

Dan memang selalu
Aku bersalah
Selalu saja mengabaikan mu
Meninggalkan mu
Dan tetapi itulah aku sedari
Segala perit yang kau lalui
Kerna diriku yang terus hanyut

Maafkanlah ku tak bisa hidup tanpa kamu
Bagaimana ku nanti
Bila tiada mengganti
Yang ku ada hanya kamu saja

Bagaimana ku nanti
Bila kau tak di sisi
Yang ku ada hanya kamu saja