Tuesday, March 8, 2011

REVOULUSI KFA


          Tanggal 4 mac 2011, 10.30malam tercetusnya kemarahan Penyokong Hijau Kuning yang menuntut perubahan dalam pengurusan Pasukan Kedah setelah prestrasi Kedah merudum dengan mencatat kekalahan demi kekalahan dalam liga Super dan Piala FA. Pada malam itu,hampir 1000 penyokong Kedah menjadi berang selepas Kedah mencatat kekalahan dan tersingkir dalam saingan Piala F.A apabila tewas kepada Felda United di halaman sendiri. Para penyokong telah mengadakan demontrasi selama 30 minit di luar perkarangan Stadium Darulaman dengan membawa kain rentang bertulis "jurulatih dan Pengurus kedah sila berundur". Ia adalah ditujukan kepada ketua Jurulatih Ahmad Yusof dan Pengurus, Dato Khazali Din.
        
         Ahmad Yusof dilihat telah gagal membimbing Pasukan Kedah selama 2 penggal berkhidmat bersama pasukan Kedah. Dan kegagalan itu semakin terserlah setelah bermulanya tirai Liga Super 2011. Manakala pengurus Kedah pula dilaporkan gagal mnguruskan anak-anak buahnnya dengan baik dengan salah satu cara mengganggu emosi pemain ketika di dalam bilik persalinan menurut satu sumber.

         Jika permasalahan ini tidak selesai,maka tindakan susulan akan diambil oleh pihak penyokong untuk terus mendesak pengurusan pasukan Kedah supaya lebih agresif membuat keputusan iaitu dengan cara protes dan berdemontrasi yang akan diaturkan oleh kumpulan tertentu.

No comments:

Post a Comment