Tuesday, March 8, 2011

UJIAN BERTULIS BAGI KERJA KERAJAAN

     Pada 8/3/11 yang lepas aku telah menghadiri satu ujian bertulis untuk jawatan Pembantu Tadbir (N17) di Lembaga Kemajuan Wilayah Pulau Pinang. Bagi aku, merupakan kali pertama mendapat pengalaman untuk menjawab soalan bagi mendapatkan jawatan tersebut. Bagi aku kalau tak dapat temuduga selepas ini tak mengapa, asalkan aku memperolehi pengalaman yang bermakna dalam hidup ku. kalau dapat, Alhamdulillah.
    
     Ok,Ujian bertulis ni simple je soalan nya. Tapi Bagi yang lupa tentang apa yg dipelajari di sekolah dan IPT mungkin agak sukar lah.Ia terbahagi kepada 2 bahagian, bahagian Objektif dan subjektif. Dalam soalan objektif, aku mendapati terdapat 38 soalan kesemuanya dan jawapan diberi dalam bentuk A,B,C dan D. Calon dikehendaki menjawab satu jawapan bagi setiap soalan dengan menghitamkan di ruangan jawapan yang disediakan.

      Baiklah,soalan-soalan yang ditanya adalah seperti aspek sejarah negara, pengajian/pengetahuan am, matematik peringkat sekolah menengah, kenegerian dan mengenai pertubuhan itu sendiri. Kenegerian tu bergantung kepada lokasi atau tempat kita menghadiri ujian ini.sebagai contoh aku hadir di Lembaga Kemajuan Wilayah Pulau Pinang, bermakna soalan yang ditanya adalah berkaitan Pulau Pinang atau mengenai Lembaga Kemajuan wilayah Pulau Pinang itu sendiri. Satu contoh soalan yang di tanya kepada aku : Warna apakah yang terdapat pada bendera Pulau Pinang?   Hehe xkan taktau kot.

       Bagi soalan subjektif pula akan ditanya satu soalan yang boleh memeningkan anda. Memang aku akui tak dapat menjawab soalan itu. aku nak bagi contoh tak boleh sebab soalan tu panjang dan kita akan cuba menyelesaikan masalah itu mengikut pendapat kita sendiri. Kat situ aku dah rugi satu soalan..huhu... Dan lagi satu soalan akan bertanya soalan secara spontan mengenai diri kita sendiri. Contohnya " Anda suka warna apa?" dan kita diminta memeberi tiga Perkataan yang menggambarkan warna yang kita Pilih itu.

        Masa yang diperuntukkan adalah satu jam. Modai aku p situ RM50.. sebab aku p naik bas..hehe.. kalau xdapat rugi saja la..hehe tp pengalaman tu adalah berbaloi. anda setuju?

3 comments:

  1. salam.
    saya pun dapat surat kena g amek ujian untuk pembantu tadbir (P/O) (N17) kat UTHM 30 April ni.
    tapi ada bahagian A, B, C je dia tulis kat situ.
    takut gak. susah tak soalan dia?

    ReplyDelete
  2. first time dengar ujian bertulis pt(po).xdapat bayangkan.next week dapat ujian saringan tu..takutnya..boleh bg tips sikit?

    ReplyDelete
  3. wahhhh..tkotnye..nervos saya..tp ada kwan saya kata,cuma 20 soalan saja sebelum di temuduga oleh penemuduga..betul ke??

    ReplyDelete